|
Hutan Rekreasi Ayer KerohSuasana yang aman tenteram hutan tropika menanti untuk diteroka. Masih belum terusik bagi membolehkan
pelawat untuk benar-benar mengalami perjalanan di syurga tropika dunia. Pokok-pokok yang dilabel membuatkan ia serba menyeronokkan
lagi ilmiah untuk pembelajaran segera di dalam flora dan fauna Malaysia yang kaya dengan pelbagai khazanah. Ia merupakan satu
tempat yang amat sesuai untuk merentas hutan, memanjat gunung, berjogging dan berbasikal. Laluan di tandakan.
TAMAN AIR A'FAMOSA
Taman Air A'Famosa Jauh dari hiruk piruk kesibukan kehidupan kota ke Taman Air A'Famosa yang menawarkan keseronokkan dan keghairahan
yang tidak berpenghujung untuk yang muda mahupun yang tua. Sebuah dunia yang dilengkapi dengan koleksi permainan air yang
menarik yang dibina berdasarkan spesifikasi antarabangsa dan telah memenangi anugerah "Executive Board" pada tahun
1996. Taman air A'Famosa adalah taman air yang terpanjang dan terhebat di Malaysia juga dengan gelungsur air yang tertinggi.
|